PERADUAN MENGARANG ESEI KENEGARAAN 2009 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.

Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak menjemput orang awam dan pelajar pelajar sekolah menengah atas untuk menyertai PERADUAN MENGARANG ESEI KENEGARAAN 2009 dalam tiga kategori bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Iban, berdasarkan tajuk-tajuk yang ditetapkan.

Hadiah-hadiah bagi setiap kategori penyertaan iaitu:
Pertama - RM1,200
Kedua - RM1,2000
Ketiga - RM800
dan Tiga Hadiah Saguhati - RM500.

Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: -
En. Mohd. Taib Ibrahim : Tel. 082 319741
Pn. Lee Nyuk Lan : Tel. 082 319735
Faks: 082 319740

atau Layari Laman Web kami : http://www.penerangan.gov.my/sarawak/index.php/component/content/2035?task=view

Tarikh Tutup : 30 Jun 2009

Borang penyertaan boleh diperolehi dimana Pusat Maklumat Rakyat atau Pejabat-Pejabat Jabatan Penerangan Sarawak.

Latar belakang: K-BESTARI

Sejarah Penubuhan

Komuniti BESTARI diistihar penubuhannya pada 12 Oktober 2004 oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka sempena Konvensyen Komuniti BESTARI Peringkat Kebangsaan yang pertama.Penubuhan ini bagi menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca). K3P pada mulanya diterajui oleh Jabatan Penyiaran Malaysia pada tahun 1987. Pada tahun 1991, K3P diserahkan kepada Kementerian Penerangan.
Pada 01 Julai 2000, K3P diserah kepada Jabatan Penerangan Malaysia.Komuniti BESTARI ditubuhkan bagi memberikan imej baru (re-branding) dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.

Logo

Konsep Logo
Konsep logo ini menggambarkan komuniti yang penyayang, berpengetahuan dan bermaklumat di mana sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menghasilkan bahan kerja-kerja tangan yang kreatif dan menarik.

Keterangan Logo
Huruf ’B” bermaksud BESTARI atau BIJAKSANA. Bintang 14 melambangkan Komuniti BESTARI merangkum keseluruhan negeri.Jalur-jalur merah di belakang membentuk susunan buku melambangkan komuniti gemar membaca dan bermaklumat.
Huruf ’B’ juga menghasilkan ’mata pena’ menggambarkan komuniti yang BIJAKSANA dan berpengetahuan ICT.
Huruf ’B’ juga membentuk huruf ’V’ yang membawa maksud ’cinta’ kerana setiap komuniti perlu ada perasaan menyayangi dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti.

Keterangan Warna
Logo komuniti BESTARI ini menggunakan 4 warna iaitu Biru, Kuning, Merah dan Putih.
BIRU - Kerjasama antara komuniti
KUNING - Keikhlasan
MERAH - Semangat jitu dan kental dalam menghasilkan kerja.
PUTIH - Sifat ingin tahu dan meningkatkan pengetahuan di dalam bidang ICT dan perkembangan semasa.

Konsep
Komuniti BESTARI adalah Program Gerakan Rakyat (Peoples Movement) yang dinamik, berwawasan berasaskan semangat kesukarelaan (voluntary) dan berdikari.
BESTARI membawa maksud :
B - BERMAKLUMAT
E - ERAT
S - SILATURAHIM
T - TELEVISYEN
A - AKHBAR
R - RADIO
I - ICT/INTERNET

Misi, Visi dan Slogan

Misi
Membentuk masyarakat yang bermaklumat dan bijaksana sejajar dengan wawasan negara.

Visi
Komuniti BESTARI peneraju maklumatan komuniti akar umbi

Slogan
”PENGGERAK PEMBANGUNAN MINDA"

Objektif
Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari bagi mengukuhkan jati diri yang menjadikan asas kepada kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.
Meningkatkan ilmu pengetahuan komuniti supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana untuk menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pijak yang tidak bertanggungjawab dengan melibatkan seluruh komuniti menyokong dasar dan menyertai program yang dijalankan oleh kerajaan.
Menjadikan ejen perubahan dalam komuniti bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat secara dua hala dalam pembangunan komuniti.

Dasar Pertubuhan
Penubuhan Komuniti BESTARI adalah berdasarkan konsep ”Satu Mukim Satu Komuniti BESTARI”.
Walaubagaimanapun bagi negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan mengikut kaedah seperti berikut :
a. Satu Kadun dua Komuniti BESTARI ( Sabah dan Sarawak) b. Satu Parlimen tiga Komuniti BESTARI ( WP Kuala Lumpur) c. Komuniti BESTARI mengikut zon (WP Labuan)
No posts.
No posts.